Monday, December 29, 2014

Belaian terakhir

Aku mencapai beg sekolah di tepi katil.
Beg itu ku galaskan ke bahu.
Aku meneliti diriku di cermin membetulkan apa yang patut.
Ya! kekemasan amat penting pada waktu pagi sebelum ke sekolah.
Hanya waktu pagi.
Lampu dan kipas bilik ku matikan.
Aku segera turun ke bawah.
Botol air dan duit belanja yang telah disediakan mama di atas meja segera ku ambil.
Aku menaiki van sekolah maka aku perlu berada di luar rumah sebelum van tiba.
Kelam-kabut setiap pagi sudah menjadi lumrah hidup aku.
Aku keluar rumah setelah menyalam mama.
Sarung kaki segera ku sarungkan di kaki.
Kasut kulit disebelah ku segera ku capai dan pakai.

Aku menoleh ke kiri.
Seekor arnab sedang meniarap di dalam sangkar.
Tidur barangkali.
Telah menjadi tugas ku menggantikan air minuman arnab itu sebelum ke sekolah
jika van sekolah ku lambat tiba.
Tapi pada hari itu air minuman itu masih penuh.
Makanan juga masih penuh di dalam bekas.
Makanan itu telah ku berikan beberapa hari lepas.
Tetapi tidak luak sedikit pun.
Aku kenal arnab itu.
Beliau pencinta makanan.
Pantang dihulur makanan pasti di makannya.
Aku pelik.
Arnab itu masih meniarap seperti semalam.
Tidak aktif seperti biasa ku lihat.
Tidur? Tetapi matanya celik.
Mungkin berehat barangkali.
Aku berfikir positif.
Pintu sangkar ku buka.
Tangan kanan ku masukkan ke dalam sangkar.
Aku membelai dan mengusap arnab itu.
Bulunya lembut dan cantik.
Aku tersenyum ke arahnya.
Aku cuma mampu berharap agar arnab itu aktif seperti biasa.
Van sekolah ku telah sampai.
Aku segera menutup pintu sangkar.
Setelah menutup pagar rumah aku segera bergerak menaiki van itu.
Van sekolah itu berlalu pergi.
Meninggalkan perkarangan rumahku untuk mengambil penumpang lain seperti hari-hari biasa.
Hanya asap kenderaan yang tinggal sebelum hilang di udara.

Langit berubah wajah.
Dari cerah ke gelap.
Pada malam itu aku duduk di katil menghadap laptop.
Mencicit di laman burung biru.
Atau lebih dikenali sebagai Twitter.
Simbol satu di notifications ku.
Aku segera membuka notifications.
Rupanya dari kakak ku.
Kakak ku memberitahu bahawa dia sedih mendapat tahu bahawa Bony mati.
Aku terkejut.
Aku pelik.
"Apa along merepek ni?" kataku dalam hati.
Aku berlari keluar dari bilik.
Menuruni tangga dengan pantas.
Tangga kedengaran seperti hendak runtuh.
Tetapi aku tidak kisah.
Kerana ada hal yang lebih mustahak dari itu.
Lampu luar rumah dihidupkan.
Pintu rumah terbuka.
Aku keluar dan menuju ke sangkar arnab itu.
Tiada?!
"Mana Bony??!" jeritku dalam hati.
Setitis air mataku jatuh.
Aku masuk ke dalam rumah sambil menyeka air mata.
Aku tidak mahu mama dan baba melihat air mata itu.
Aku ke dapur mendapatkan mama.
Bertanyakan akan kehilangan arnab itu di sangkarnya.
Mama memberitahu bahawa arnab itu telah mati.
Kata mama lagi baba telah tanam arnab itu di suatu tempat.
Aku begitu sedih ketika mendengar khabar tersebut.
Aku berjalan dengan pantas menuju ke bilik.
Pintu bilik ditutup dan dikunci.

Aku menghempaskan diri di atas katil.
Aku menangis semahu-mahunya.
Tidak dapat digambarkan perasaan aku ketika itu.
Begitu lemah aku ketika itu.
Tetapi aku gah kan diri menghadap laptop.
Membalas notifications dari kakak ku.
Setelah itu aku matikan laptop.
Aku kembali menyembam muka di bantal.
Aku menangis tanpa henti.
Aku mencapai telefon bimbit di tepi bantal ku dan segera membuka galeri telefon.
Gambar arnab itu ku tatap dengan sayu.
"Bonyyyy........." sebutku perlahan dalam esakkan.
Aku tidak menyangka bahawa pagi itu merupakan kali terakhir aku melihat arnab itu.
Kali terakhir mengusap nya.
Kali terakhir membelai nya.
Aku tidak henti menangis.
Menangis dan menangis.
Akhirnya malam itu aku tertidur dalam tangisan yang panjang.
Telefon bimbit masih tergenggam di tanganku.
Gambar arnab itu masih di skrin telefon sebelum skrin itu terpadam dengan sendiri.
Kini arnab yang bergelar Bony itu hanya tinggal kenangan.
Dua puluh lima hari bulan jun berlalu dengan suram.

R.I.P - 25062014

Friday, December 26, 2014

Gitar kapok

Aku segera membuka laptop.
Aku membuat carian kord-kord gitar.
Begitu teruja sekali aku ketika itu.
Mataku bersinar-sinar.
Aku tekun membaca entry-entry tersebut.
"hm, takde lah susah mana" kataku dalam hati.
Aku mencapai gitar hitam di sebelahku.
Kedudukan ku diperbetulkan agar selesa dan mudah untukku memetik gitar.
Setelah itu jari ku mula memain peranan.
Jari ku memetik gitar mengikut kord gitar hasil carian di google.

Kord C.
Kord pertama yang aku try petik.
Aku mengulangi lagi kord tersebut sebelum beralih ke kord lain.
Pelbagai bunyi yang dikeluarkan dari gitar ku mengikut kord-kord tersebut.
Dan jari aku semakin berpintal-pintal,
apabila sampai ke kord yang aku rasa susah.
Dahi ku berkerut sekali sekala.
Senyuman hanya hadir apabila kord gitar dipetik dengan betul.
Aku berhenti memetik gitar.
Bersandar di tepi katil.
Sambil mata ku memandang skrin laptop di depan ku.
"susah lah nak hafal kord-kord ni" keluh ku dalam hati.
Aku bangun lalu keluar dari bilik.
Turun ke bawah untuk mendapatkan air sejuk.
Setelah membasahkan tekak aku segera masuk ke bilik.
Untuk menyambung pembelajaran ku yang terhenti tadi.

Kali ni aku belajar strumming gitar.
Entry tersebut menyediakan video untuk strumming bagi memudahkan newbie macam aku.
"down--down--down,up,down,up,up,down,up" kata wanita inggeris itu sambil petik gitar.
Aku begitu teruja.
Aku petik gitar mengikut wanita tersebut.
Seringkali bunyi sumbang keluar dari gitar ku.
Tetapi berjaya juga menghasilkan bunyi merdu kadang kala.
Apabila aku cuba memasukkan kord-kord gitar,
Semuanya jadi susah.
Dahi ku makin berkerut-kerut.
Aku menyumpah seranah dalam hati.
Aku berhenti memetik gitar.
Berbaring di lantai bilik sambil memandang skrin laptop.
"memang nak kena orang ajar jugak, susah nak belajar sorang-sorang" keluh ku dalam hati.
Akhirnya aku tertidur di lantai bilik pada lewat malam itu.
Pada pukul 3.35 pagi aku terjaga.
Lampu bilik ku matikan.
Aku gerak ke katil untuk sambung tidur.